Wednesday 8 March 2017

Review Diagnosis 2

Assalammualaikum.

Masih ingat tak aku pernah post pasal buku-buku yang aku beli awal tahun haritu. Sebenarnya sekarang ni dah 3 buah buku aku khatam cuma tak berkesempatan nak review ketiga-tiganya dalam blog ni 😔

Hari ini aku review dulu buku pertama yang aku baca. Bila dah habis baca buku ni aku tertanya-tanya mana nak cari diagnosis yang pertama sebab masa beli aritu buku tu dah sold out 😔

Dalam buku ni ada pelbagai tajuk yang ditulis oleh doktor-doktor yang terdiri daripada pelbagai kepakaran. Satu lagi yang buat aku suka buku ni banyak istilah-istilah perubatan yang digunakan biasa aku dengar (almaklum la aku ni selalu juga keluar masuk wad samada jaga mak atau anak) then aku faham dah maksudnya sekarang sebab ada foot note yang diberi so dont worry guys 😄😄😄

Tapi dalam banyak-banyak tajuk tu aku share sikit beberapa cerita yang telah menyentuh qalbuku ini so lets check it out 😊😊😊

Dr Azah #bintang
 Dr Azah ni pakar paed. Selain tajuk ni ada juga cerita lain yang mana kadang-kadang aku sampai terfikir adakah ini kisah pengalaman dia atau pengalaman yang telah ditokok tambah untuk kesesuaian pembaca. Bagi cerita bintang ni kisahnya telah membuatkan aku menitis air mata. Serius sedih. Bila membayangkan kanak-kanak yang sangat kecil menanggung kesakitan penyakit kritikal yang dialaminya. Mungkin aku seorang ibu jadi kisah itu telah mencuit hati aku terutamanya bila aku teringat saat-saat daris sakit aritu 😢😢😢

Dr Aizzat #norad
 Dr Aizzat ni pula pakar neurologi a.k.a pakar otak. Beliau suami kepada Dr Azah tadi. Minat aku sampaikan aku follow husband and wife ni kat IG 😂😂😂
Cerita norad ni pun buat aku tersentuh. Situasi di mana seorang doktor dalam keadaan yang sangat cemas untuk menyelamatkan mangsa kemalangan dan pada masa yang sama (doktor sedang buat operation) beliau dimaklumkan isterinya yang sedang sarat berada di kecemasan kerana kemalangan. Doktor juga manusia biasa. Jika kisah tersebut benar-benar berlaku bagaimana la agaknya keadaan doktor tu sekarang sebabnya dalam kisah ini wifenya meninggal dunia. Ketika dia masuk ke emergency isterinya telah tidak bernyawa tetapi Allah gantikan isterinya dengan anak yang sempat dilahirkan.

Dr. Beni #atimelessstory
Salah satu istimewanya buku-buku doktor ni adalah penulisan di dalam bahasa inggeris. Contohnya karya Dr Beni rasanya mostly dalam english. Tapi englishnya pun okay maksud aku tak susah pun nak faham. Mungkin ada 2@3 wording yang tak biasa guna so aku cari kamus juga hihihi. Kisah a timeless story ni susah aku nak cerita sebab unik sangat. Ceritanya macam realiti dan fantasi. Agak keliru sedikit. Senang cerita korang baca la sendiri nanti 😂😂😂

Dr. Anwar Faizal #e-boo
Dr. Anwar Faizal ni suami kepada Dr Fatin Liyana a.k.a blogger terkenal juga. Sure korang kenal juga Dr fatin ni. Dr Anwar ni juga sepupu kepada pelakon/pengarah syamsul yusof. Senang cerita anak saudara dato yusof haslam 😅 Mula-mula aku baca tajuk ni aku tak dapat nak agak kisah apa sebab aku ingat ianya adalah istilah dalam perubatan atau nama penyakit. Ala macam penyakit Ebola tu kan pelik juga namanya 😂😂😂 Rupa-rupanya E-boo yang dimaksudkan adalah IBU so sweet 😍😍😍 E-boo tu nama yang disimpan dalam contact number handphone yang disetkan oleh isterinya (dalam kisah ini). Errr ntah-ntah betul tak Dr Fatin yang setkan di alam realitinya hahahaha. Cerita ni juga buat mataku masuk habuk. Ibu kan. Siapa tak sayang ibu?kadang-kadang tanpa kita sedar kita telah lukakan hati ibu kita. Macam mana hidup kita nak berkat?lebih kurang begitu la kisah cerita ini. Kerja bagus gaji bagus tapi hati tetap tak tenang. Rupa-rupanya hati ibu telah terguris hanya kerana lab coat 😢😢😢

So guys itu la serba sedikit review diagnosis 2. Banyak pengajaran dan teladan yang aku dapat. Doktor hanya perantara antara Allah dan pesakit. Seharusnya kita mohon dulu dengan Allah atau lebih rapatkan diri lagi dengan Allah agar penyakit yang dialami dapat sembuh. Doktor pula hanya membantu berdasarkan ilmu yang dianugerahkan oleh Allah. Tapi aku faham kita ni manusia biasa dan bila berada dalam situasi cemas kita mengharapkan doktor yang utama untuk buat yang terbaik untuk pesakit bukannya Allah (untuk ingatan diri ini juga).

Apa-apa pun yang pasti aku kena cari juga diagnosis 1. Kedua-duanya adalah best seller. And one more thing now aku baru habis diagnosis fobia dan apocalips dan banyak kisah-kisah dalam apocalips yang ada kaitan dengan diagnosis 2 (seolah-olah ada scene flash back pula).  So kalau tak baca yang ni mungkin tak berapa nak feel masa baca apocalips tu 😜😜😜

Selamat membaca ☺☺☺

Daaa...

No comments:

Post a Comment