Thursday 9 March 2017

35 Tahun 4 Hari

Assalammualaikum.

Hehehe patutnya entry ni di post pada 6hb tapi disebabkan kesilapan teknikal (cover line) makanya ia diposponed ke hari ini. Sebab tu tajuk posting ni ada 4 hari plak 😅😅

Well dengan bangganya alhamdulillah Allah masih panjangkan umurku untuk berkesempatan menyambut hari kelahiranku yang ke 35 tahun. Amin. Tahun depan belum pasti hanya Allah yang mengetahui ☺

So tahun ni aku tak celebrate kat mana-mana pun. Duduk rumah je mengadap bajet 2018 yang perlu disubmit ke KPT end of mac ni 😰

Celebrate ke tak celebrate ke kehidupan aku tetap menggembirakan apabila keluarga sentiasa disisi 😍😍😍

Apabila umur dah tambah 1 angka ni tiba-tiba teringin pula nak mula berbakti kepada masyarakat. Pernah survey sukarelawan tapi tak sempat nak fokus betul-betul. Kalau ada yang sudi bagi guideline silakan ye 😊

Oh ye hampir terlupa nak ucapkan terima kasih pada keluarga dan rakan-rakan yang wish pada aku haritu. Untuk cik ayu terima kasih tanda ingatan. Aku berkongsi tarikh yang sama dengan suami cik ayu. Cik ayu ni pakar IT dekat deparment aku. Errr jangan ditanya kenapa masih dipanggil 'cik' sebab aku sendiri pun masih ada juga yang memanggil 'cik' 😅😅😅

Terima kasih cik ayu tanda ingatan.
Cup cakes dikongsi bersama dengan staf 😊

Ini la cik ayu. Ayu kan?☺
Emmm siapa sebenarnya
Besday gurl ni?😜😅😅

Daaa...

No comments:

Post a Comment