Wednesday 4 January 2017

TB 2016


Assalammualaikum...

Selamat Tahun Baru semua. Mungkin agak terlewat ucapan ini tetapi rasanya tak salah untuk diucap juga :-) Wahhhh tahun baru macam-macam azam aku dengar tapi nak tanya skit tahun lepas punya azam dah selesai ke?kalau tak selesai lagi kena carry forward ke 2017 (aku le tu kuikuikui).

Bagi diri aku..aku mengharapkan tahun ni lebih baik dari tahun lepas. Memang banyak kenangan tahun 2016. Macam-macam rasa ada & paling win tak pernah2 cuti tahun aku habis ZERO. Nak hujung-hujung Disember aritu punya la berdoa harap-harap tiada perkara yang memaksa aku kena ambil cuti. Alhamdulillah Allah makbulkan. Tepat jam 5pm pada 30 Dis 2016 aritu aku seakan-akan dapat bateri full hahahaha. Memang fobia bila cuti tahunan habis 😌

So hari ini aku nak wat TB skit sepanjang 2016. Azam 2017 tak payah cita le sebabnya azam bertahun2 sebelum ni asyik carry forward je 😅

TAHUN 2016

1) Turun naik hospital sebab daris pro long jaundice (lahir 19 Nov 2015)
Daris 1m - prolong jaundice
2) Menghantar abah dan mak mertua ke KLIA menunaikan umrah dan hari yang sama abah operation di hospital ipoh. Kul 6.30am bergerak ke KLIA lepas tu bergegas plak ke Ipoh.
KLIA 2
3) Mak operation untuk buang satu buah pinggang (cancer) dan duduk ICU tapi kemudian masuk wad biasa semula di HKL. Salute dan kagum dengan mak sebab ini camcer ketiga mak alami (1st cancer usus, 2nd cancer breast) and mak masih survived. Alhamdulillah. Kuasa Allah tiada sapa boleh tanding.

4) Dapat call dari kampung mak tenat. Masih terngiang2 lagi kat telinga ni dengar orang mengajar mak mengucap 😭😭😭 aku masa tu kat ofis. Memang terus menangis. Call bos nak minta balik pun dalam keaadaan menangis. Memang sangat beremosi. Aku drive balik umah tak sedar staf followed belakang sebab diaorg risaukan aku and katanya aku drive laju. Sorry uols and thank u for caring 😊

5) Sepanjang mak warded emosi aku dan adik beradik tak menentu. Macam-macam yang kami fikirkan sebab mak tak pernah macam tu walaupun selepas operation kedua2 cancernya dulu.

6) 3 Ramadhan dapat call dari pengasuh tapi bateri hp habis & aku tengah mitting. Lepas mitting tgk banyak miscall dari pengasuh dan suami. Call semula and anaknya kata daris ke hospital sebab muka dah biru. Call suami and katanya kat klinik Assalam. Aku terus pecut ke sana and nmpak motor suami. Nurse kata baby dah ke hospital KKB sebab mulut dah berbuih. Apa korang rasa bila nurse tu cakap macam tu?nak pengsan rasanya. Terus pecut pulak ke KKB dalam hujan lebat. Masa tu doa dalam hati harap sangat Allah beri kesempatan pada aku untuk jumpa anak dalam keadaan bernyawa. Alhamdulillah. Daris lemah dan bibirnya masih nampak biru. Doktor tak tau kenapa then disuruh warded ke hospital selayang. 1st time naik ambulan dan sepanjang perjalanan aku peluk daris. Zahra pulak terpaksa tidur di rumah pengasuh **mata masuk habuk 😭😭😭**
Keadaan daris di emergency
KKB selepas stabil
7) Zahra demam tinggi dan muntah2. Rupa-rupanya kena HFMD selepas 2 hari daris discaj. Suspek zahra kena masa kat hospital melawat daris.

8) Daris sekali lagi warded kat PCMC (ceritanya aku dah pernah tulis dalam blog ini)

9) Hantar abah ke KLIA untuk menunaikan umrah dan 1st time dalam tahun 2016 kami adik beradik berkumpul. Complete takde yang missed. Sebelum ni ada je yang takde sebab masing-masing2 dah berkahwin so susah sikit nak berkumpul...tinggal yang bongsu je belum kahwin 😊😊😊
Idris's family
10) Riwana family bercuti ke Melaka (will update later walaupun dah basi hihihi) & ke sg klah bersama family SIL.

11) Meraikan majlis perkahwinan BIL kat PD dan Johor.

Hmmmm...bila baca balik semua senarai di atas mesti tertanya-tanya kan kenapa banyak yang sedih dari hepi (*_*) hihi. Saja untuk buat kenangan dugaan yang diterima sepanjang 2016. Tapi aku tahu ada orang yang terima dugaan lebih berat dari apa yang aku senaraikan. Cuma aku anggap semua dugaan yang aku alami adalah satu wake up call untuk aku berfikir. Hidup ini hanya sementara dan semua yang kita sayang adalah pinjaman semata2 termasuklah diri sendiri yang hanya dipinjamkan untuk sementara waktu.

Pernah tak kita terlintas di fikiran "aku ni beriye2 bayangkan bersara nanti nak ada rumah banglo..nak ada maid..nak buat majlis kawin anak kat hotel..nak pakai kereta mewah..nak itu..nak ini.." macam2 yang kita bayangkan dan buat target. HAKIKATNYA kita sendiri TIDAK PASTI adakah kita berjaya melalui saat2 itu sebab mati itu pasti dan rahsia Allah. Sedangkan bertemu Allah adalah PASTI, so aku nak akhiri dengan pertanyaan untuk aku & korang fikir2kan "kenapa kita nak buang masa & kenapa kita tidak buat persediaan untuk ke arah itu je?"

Daaaa....



No comments:

Post a Comment