Monday 28 November 2016

PAI AYAM

Assalammualaikum...

Tadi saja2 tengok gambar dalam hand phone then tertengok plak gambar pai ayam yang di snap beberapa bulan yang lepas. Memang tujuan snap tu nak share kat dalam blog. Finally arini baru dapat upload hihihi :-)

Pai ayam ni pun ada ceritanya. Aku sebelum ni memang tak pernah makan pai. Biasa aku tengok pai epal even pai epal pun aku tak pernah makan. Tak tahu la kenapa bila tengok pai tu memang tak kecur liur pun. Aku terjebak dengan pai ayam ni pun masa temankan daris kat ICU.

Aku dari pagi memang tak makan and malam tu plak aku je yang boleh tunggu daris. So lps isyak perut baru rasa lapar. Mintak nurse tolong tengokkan daris then aku turun tengok apa je yang ada sebab dah agak lewat pun. Dah nak rezeki perut ni kebetulan ada satu cafe yang masih buka err actually hampir nak tutup hihihi aku order hot mocha memandangkan bilik icu tu sejuk sgt. Tengah tunggu air siap tiba2 mata aku terpana kat pai ayam dalam cermin kaca. Ada jugak pai lain tapi aku terus order pai ayam then dia panaskan.

Selesai bayar semua aku naik semula and lepak sekejap kat ruang menunggu icu untuk makan. Perghh memang sedap. Balik dari hospital terus cari chef google and buat sendri. Zahra pun suka so tak rugi kalo aku buat. Errr baru perasan panjang plak mukadimahnye. Jom tengok cara aku buat pai ayam yang resepinye telah dicampur aduk dengan pelbagai versi ;-)

Tepung gandum (tiada dlm pic), bawang putih diblender, bawang Merah dipotong dadu, kentang direbus dan lenyek Lada hitam ditumbuk, sayur campur, kuning telur, Mushroom soup dlm tin, daging ayam kisar, mozarella cheese, butter (tiada dlm pic)
Campurkan tepung + butter + garam sikit
Then gaul sampai jadi macam serbuk roti then tambah
Air sikit2 sampai jadi doh (tak lembut sgt tak keras sgt
Proses buat inti pai ayam:
1. Tumiskan bawang putih yang telah diblender
2. Masukkan ayam kisar sehingga ayam masak
3. Masukkan bawang merah yang dipotong dadu
4. Masukkan sayur campur
5. Masukkan kentang dan gaul sebati
6. Masukkan mushroom soup (mushroom ni dah sememangnya masin so jgn byk ltk garam kat doh tadi)
7. Akhir sekali masukkan lada hitam yang ditumbuk

Proses buat pai ayam:
Uli doh (agak nipis) then masukkan dalam acu
mengikut bentuk acu. Aku letak aluminium foil
dalam acu sblm letak doh
Isikan inti ayam dalam acu macam yang zahra
buat tu. Kemudian letak mozarilla cheese
Uli doh untuk buat penutup pai.
Guna garfu untuk tekan2 keliling doh supaya
Lekat antara satu sama lain. Cucuk2 permukaan doh
untuk pengudaraan spy bhgian dlm masak
2 cawan tepung aku dapat 4 biji pai. Setelah
isi inti dlm semua pai then sapukan
kuning telur di permukaan pai. Tengok la zahra tu sibuk
juga nak menguli :-)
Bakar dalam oven suhu 180 degree selama 25min.
Hasilnya seperti di atas. Sekali tengok atasnya macam
biskut 4 segi or a.k.a biskut mayat hahaha
Gini la rupa pai ayam aku. Hampir sama
cuma agak masin dohnya. Mungkin
terlebih garam sudaaa huhuhu
Dalam banyak2 aku google ada yang penutupnya buat dari kentang iaitu resepi asal pai. Tak tau la betul ke tidak. Kiranya pai aku ni diupgrade gitu rupa a.k.a org malas buat pai mcm tu la hahaha.

Malam tu kami dinner pai je. Makan sebiji memang dah kenyang. Emmm ntah bila plak nak buat 2nd round hahaha.

Selamat mencuba!

Daaa...

No comments:

Post a Comment